Iran Langgar Perjanjian Lagi!

505

Agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Iran telah melakukan pelanggaran terbaru perjanjian nuklear 2015, iaitu dengan mula menghasilkan logam uranium bahan utama untuk menghasilkan senjata nuklear.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada 8 Februari bahawa Iran telah menghasilkan sejumlah kecil logam uranium di sebuah loji nuklear di Isfahan.

Perjanjian 2015 antara Iran dan Amerika Syarikat, China, Rusia, Britain, Perancis dan Jerman, yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenakan sekatan terhadap program nuklear Iran sebagai imbalan atas penghapusan sekatan ekonomi antarabangsa dan AS.

Namun begitu, Tehran mula melanggar beberapa klausa perjanjian itu setelah Washington menarik diri daripada perjanjian tersebut dan menjatuhkan sekatan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Iran mengatakan bahawa ia tetap berada dalam perjanjian tersebut, dan menyebut mengenai AS yang melanggar perjanjian itu dengan menarik diri dari perjanjian pada tahun 2018 dan menjatuhkan semula sekatan.

Kerajaan Iran menegaskan AS perlu mengambil langkah pertama dengan mengangkat semula sekatan yang dikenakan sebelum Tehran mematuhi semula perjanjian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat