Isu Inflasi, A.S Perlu Bertindak Balas Dengan Naikkan Kadar Faedah? – OECD

258

Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada hari ini telah mengumumkan data kajian mereka mengenai unjuran ekonomi. Menurut OECD, prospek ekonomi global dijangka akan bertambah baik seiring dengan pengedaran vaksin yang semakin meningkat membolehkan perniagaan kembali beroperasi dan Amerika Syarikat (A.S) terus merangsang ekonomi.

Ekonomi global dijangka tumbuh 5.8% pada tahun ini dan 4.4% pada tahun hadapan. Anggaran ini dinaikkan masing-masing dari 5.6% dan 4.0% yang dikeluarkan sebelum ini pada bulan Mac lalu.

Ekonomi ini kini telah kembali kepada tahap aktiviti pra-pandemik, walaupun begitu ekonomi belum mencapai pertumbuhan ekonomi yang diharapkan sebelum krisis pandemik melanda.

Tambah ketua ekonomi OECD,Laurence Boone menyatakan bahawa ekonomi dunia kini munuju ke arah pemulihan walaupun banyak halangan. Walaupun kempen vaksinasi memungkinkan ekonomi maju untuk membuka kembali perniagaan secara beransur-ansur, namun banyak dalam kalangan ekonomi negara berkembang yang masih begelut dengan pengedaran vaksin yang perlahan.

OECD memberi usulan bahawa bank pusat di negara maju harus mengekalkan aliran kewangan dan bertolak ansur dengan sasaran inflasi. Dalam masa yang sama, OECD menekankan bahawa bank pusat tidak bertindak langsung dengan kenaikan inflasi baru -baru ini kerana risiko kadar pasaran dan turun nai yang lebih tinggi.

Buat masa ini kerajaan lebih memberi tumpuan dengan mengekalkan sokongan untuk isi rumah dan syarikat sehingga vaksinasi cukup meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat