Isu XRP: Messari Dedahkan Ripple Sebenarnya Bersalah?

3,891

Ada khabar baru tentang Ripple Labs, kali ini daripada pihak Messari.

CEO-nya, Ryan Selkis ada berkongsi pendapat berkaitan status Ripple yang baginya jelas bersalah di atas penipuan yang dilakukan dan wajar didakwa sewajarnya.

Tetapi Selkis tidak menafikan Ripple bersalah atas dakwaan yang dikemukakan oleh Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS).

Menerusi untaian Twitter, figura itu menjelaskan Ripple telah mengelirukan pelabur XRP berhubung dengan aktiviti penjualan token orang dalam, dan menggembar-gemburkan lambakan kerjasama sehingga mendorong peningkatan harga aset.

Tidak cukup dengan itu, Selkis turut mendedahkan bahawa SEC sengaja tidak mengetengahkan Safe Harbor yang diperkenalkan oleh pegawainya, Hester Peirce.

Penggunaan Safe Harbor dalam siasatan ini akan melancarkan penyelesaian isu penipuan seperti yang didakwa Selkis.

Bagaimana Safe Harbor mampu merungkaikan kerumitan ini?

  • Pihak ketiga wajar menyediakan maklumat yang cukup untuk mengesahkan rekod transaksi terdahulu.
  • Rekod transaksi juga patut merangkumi keseluruhan aktiviti termasuk diskaun yang ditawarkan kepada rakan kerjasama.
  • Segala penjualan XRP yang dimiliki pegawai atasan Ripple diteliti, termasuk organisasi berkaitannya.
  • Ripple juga diberi tempoh tiga tahun untuk menyusun strategi desentralisasi dan pengedaran token.

Sebagai rekod, Messari sejak awal mengkritik Ripple dan menganggap XRP sebagai ‘toxic waste’. Malah pengasasnya juga pernah menerbitkan laporan tuduhan terhadap Ripple yang menggunakan pertubuhan kebajikan, RippleWorks untuk mengelak daripada pembayaran cukai.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $1.12, susut hampir 8% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat