Itu Dia! Harga Minyak Semakin Tinggi Susulan Pengumuman AS Dan UK

439

Dagangan komoditi hitam terus naik lebih tinggi selepas Amerika Syarikat mengumumkan larangan ke atas import minyak Rusia dan rancangan UK untuk menghentikannya secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.

Hal ini telah meningkatkan lagi kebimbangan pasaran terhadap bekalan global yang semakin berkurang, memacu kenaikan minyak mentah Brent ke paras harga $131 setong. Dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $126 setong.

Ini meletakkan harga minyak mentah tidak jauh dari paras tertinggi sepanjang masa yang dicapainya ketika krisis kewangan pada Julai 2008, iaitu $147 setong.

Sekiranya Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk menyertai sekutunya menyekat import minyak Rusia, maka tidak mustahil sekiranya harga minyak akan menembusi paras tertinggi sepanjang masa atau naik lebih tinggi lagi.

Malah, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak juga mengatakan bahawa jika EU menyekat import mereka, harga minyak boleh meningkat sehingga dua kali ganda dan mencecah harga $300 setong.

Ekoran lonjakan ini juga terdapat jangkaan bahawa pulangan segera minyak mentah Iran ke pasaran global adalah tidak mungkin kerana rundingan mengenai program nuklear Iran telah menjadi perlahan antara Tehran dan negara utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat