Itu Dia! Raja Matawang Sudah Bangkit

659

US dolar akhirnya memanfaatkan peluang untuk meningkat setelah diperlihatkan dengan data ekonomi AS yang sangat kuat pada bulan Mac.

Jualan runcit, data AS yang paling dinantikan minggu ini, melonjakkan harapan bahawa bantuan rangsangan dan vaksinasi telah mendorong permintaan yang lebih kuat dari dijangkakan.

Perbelanjaan pengguna melonjak 9.8% pada bulan Mac, jauh melebihi jangkaan kenaikan 5.9% oleh pasaran. Ini adalah kenaikan terkuat yang pernah dicatatkan sejak Mei tahun lalu.

Selain itu, jumlah tuntutan pengangguran juga mencatatkan bacaan minggu terendah sejak wabak itu bermula, dengan penurunan hampir 200,000 kepada 576,000 pada minggu lalu.

Laporan positif yang luar biasa ini telah mendorong saham ke paras tertinggi terbaru dan turut mendorong US dolar untuk meningkat.

Ketika penulisan, indeks dolar meningkat 0.10% ke sekitar harga 91.76 berbanding kebanyakan matawang utama.

Walaupun begitu, dolar greenback masih berada di landasan untuk penurunan dua minggu berturut-turut setelah mencatat penyusutan berterusan minggu ini disebabkan kejatuhan hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Hasil bon susut lebih rendah sehingga mencecah paras 1.52%, tahap terendah hampir dua bulan, sebelum kembali mencatat kenaikan pada 1.57% pada awal sesi Asia hari ini.

Sementara itu, kebanyakan matawang utama masih didagangkan di sekitar paras tertinggi walaupun sedikit susut pada sesi Asia, di mana dolar Aussie adalah antara matawang utama yang berprestasi terbaik selepas meraih sokongan tambahan daripada data pekerjaaan yang memberangsangkan pada bulan Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat