Jaga-Jaga, Solana (SOL) Berisiko Tinggi! 3 Faktor Ini Jelaskan Kenapa Pelabur Patut HODL

902

Setelah pengukuhan harga di paras $143.57 pada 2 April, Solana (SOL) telah susut 24% dengan nilai seunit didagangkan pada $110.60 ketika artikel ini ditulis.

Pada masa yang sama, SOL juga diramalkan untuk susut lebih rendah selepas harganya menghampiri corak pergerakan ‘megaphone’.

Corak pergerakan megaphone merujuk kepada jumlah minimum paras rendah terendah dan dua paras tinggi tertinggi ketika volatiliti pasaran sedang meningkat.

Pun begitu, pelabur masih lagi bullish terhadap aset ini berdasarkan 3 faktor:

  • Coinbase Wallet, OpenSea x Solana
    • 18 Mac – Coinbase Wallet telah menyokong koin SOL, mengundang lonjakan harga aset ini dalam tempoh dua minggu.
    • Coinbase juga mengumumkan rancangan integrasi dengan Solana melalui penyambungan Coinbase Wallet dengan aplikasi desentralisasi (dApps) dan non-fungible token(NFT).
    • 30 Mac – Solana telah menyertai Ethereum, Polygon, dan Klaytn selepas OpenSea menyokong rangkaian tersebut.
  • Data deposit dApp Solana menurun
    • Metrik utama dApp Solana mula melemah pada hujung Mac selepas jumlah nilai terkunci (TVL) susut di bawah 50 juta SOL ($5.5 bilion).
    • Kebimbangan ini ditepis dengan kehadiran Ethereum Virtual Machine (EVM) pertama Solana, Neon dengan pelancaran versi Alpha pada 5 April.
    • Solana juga telah menampung rekod lebih 1.6 juta wallet
  • Aplikasi DeFi Solana menonjol
    • 8 April – Jumlah rangkaian Solana berinteraksi dengan aplikasi desentralisasi telah meningkat 11%.
    • Pada masa yang sama, pertukaran desentralisasi (DEX), Orca misalnya telah menyaksikan 153,290 pengguna.
    • Sebanyak 212,230 pengguna aktif telah dikenalpasti, mempamerkan penggunaan DeFi dan platform pasaran NFT yang kukuh dalam tempoh 30 hari.

Keruntuhan pasaran kripto pada hari ini didorong oleh prestasi Bitcoin (BTC) yang mengecewakan kerana menjadi permainan whales!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat