Jangan Berhenti Suntik Vaksin AstraZeneca, WHO Beri Jaminan!

231

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara agar tidak menghentikan program vaksinasi Oxford-AstraZeneca berikutan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak menangguhkan suntikan vaksin berkenaan.

Setakat ini, tiada bukti wujud kaitan antara vaksin Oxford-AstraZeneca dan masalah darah beku.

“Sehingga hari ini, tiada bukti bahawa insiden itu disebabkan oleh vaksin dan adalah penting kempen vaksinasi diteruskan supaya kita boleh menyelamatkan nyawa dan menyekat penyakit daripada virus tersebut,” kata jurucakap WHO, Christian Lindmeier.

Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol menyertai beberapa negara kecil menghentikan program vaksinasi Oxford-AstraZeneca sebagai langkah berjaga-jaga sementara pemeriksaan berkaitan vaksin itu dilakukan.

Pakar keselamatan vaksin WHO akan mengadakan pertemuan pada hari ini bagi membincangkan mengenai vaksin tersebut.

“Sehingga hari ini, tiada bukti bahawa insiden itu disebabkan oleh vaksin dan adalah penting kempen vaksinasi diteruskan supaya kita boleh menyelamatkan nyawa dan menyekat penyakit daripada virus tersebut,” kata jurucakap WHO, Christian Lindmeier.

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan bertemu pada hari yang sama dan dijangka membuat rumusan terperinci pada Khamis ini. EMA juga mengatakan vaksin itu harus terus digunakan.

Terdapat sejumlah kes individu di Eropah mengalami darah beku selepas vaksin Oxford-AstraZeneca disuntik.

Kira-kira 17 juta orang di EU dan United Kingdom (UK) telah menerima dos vaksin dan kurang daripada 40 kes darah beku dilaporkan minggu lalu.

Di Jerman, kementerian kesihatan negara itu semalam memaklumkan akan menghentikan suntikan Oxford-AstraZeneca serta-merta berdasarkan cadangan daripada pihak berkuasa vyang mengendalikan vaksin, Institut Paul Ehrlich (PEI).

“Keputusan ini dibuat susulan laporan kes terbaharu cerebral vein thrombosis yang dikaitkan dengan suntikan vaksin Oxford-AstraZeneca.

“Berikutan beberapa kes baharu dilaporkan, PEI hari ini menilai semula situasi dan mengesyorkan penangguhan vaksinasi dan analisis lebih lanjut akan dilakukan,” kata Menteri Kesihatan, Jens Spahn.

Sementara itu, di Perancis, Presiden Emmanuel Macron mengeluarkan arahan menghentikan program vaksinasi sehingga nasihat kesihatan terbaharu dikeluarkan oleh EMA.

“Kami mempunyai panduan ringkas yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan dan sains serta melakukannya sebagai sebahagian daripada strategi Eropah,” ujar Macron.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Sepanyol, Carolina Darias berkata, penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca akan ditangguhkan sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat