Jangan Harap SEC Dapat Bunuh Kripto! – Mark Cuban

220

“Walau tanpa bukti yang kukuh, SEC dari dulu terus menyerang kripto.”

Pelabur terkanal Mark Cuban sungguh percaya tindakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang sentiasa ingin menyasarkan mata wang kripto untuk melabelkannya sebagai sekuriti tidak akan sesekali berfungsi.

Sudah sedia maklum SEC sedaya upaya mahu mentakrifkan aset digital sebagai sekuriti susulan ia bukan sahaja terlibat dalam pertempuran undang-undang dengan Ripple sejak dahulu lagi malah mendakwa Filecoin (FIL) adalah sekuriti.

Menurut Cuban dalam akaun Twitter miliknya, SEC yang berhasrat melabelkan FIL ataupun aset digital lain adalah sekuriti sama sekali tidak akan terjadi susulan pengawal selia tidak seharusnya bertindak agresif.

Selain itu, beliau turut berpandangan SEC mungkin tidak dapat berbuat apa-apa mengenai pengeluar token sebaik sahaja sesuatu kripto tersebut berada dalam edaran dan pengeluar mereka menutup entiti itu.

Sementara pengguna Twitter digelar @RSSH273 pula berpendapat membubarkan entiti undang-undang dapat sukarkan SEC mengenakan tindakan penguatkuasaan, tetapi boleh menyebabkan individu di sebalik projek itu bertanggungjawab secara langsung.

Terdahulu, SEC dilaporkan menghantar surat kepada Grayscale Investments untuk mendakwa bahawa FIL adalah sekuriti, bagaimanapun pengawal selia tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang dapat menyokong pertuduhannya.

Dalam pada itu, SEC juga mengenakan pertuduhan terhadap beberapa bursa kripto seperti Kraken, Bittrex dan Coinbase atas kesalahan menjual token secara tidak berdaftar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat