Jangan Ingat Hari Ni Cuti, Trader Tak Perlu Tahu Pasal NFP

1,238

Buat pertama kalinya dalam tempoh enam tahun, data pekerjaan NFP yang dinanti-nantikan setiap minggu pertama awal bulan, jatuh pada hari cuti Good Friday yang mana kebanyakan pasaran utama ditutup.

Susulan itu, pelabur dapat melihat kecairan yang rendah dalam pergerakan pasaran ketika data pekerjaan diterbitkan.

Penganalisis menjangkakan bacaan yang lebih kuat, dengan pertumbuhan pekerjaan utama dijangka meningkat kepada 652,000 dan kadar pengangguran pula diunjurkan akan menurun kepada 6.0%.

Bagaimanapun, purata pendapatan setiap jam dijangka tetap perlahan dengan peningkatan hanya 0.1%.

Jangkaan pasaran untuk meningkat, dikuatkan lagi dengan beberapa data ekonomi yang telah diterbitkan sebelum ini yang memaparkan bacaan yang lebih baik daripada dijangkakan.

Misalnya, data pekerjaan ADP yang diterbitkan pada Rabu menunjukkan pertumbuhan yang kuat iaitu daripada 176,000 kepada 517,000 pada bulan Mac.

Sementara purata tuntutan pengangguran selama 4 minggu pula memaparkan kejatuhan pada bulan lalu dan terus meroost di bawah 4 juta.

Selain itu, pasaran juga diperlihatkan dengan bacaan komponen pekerjaan dalam pembuatan ISM yang mencatatkan peningkatan ketara.

Dengan angka-angka yang memberangsangkan ini, pasaran yakin data pekerjaan NFP akan mencatatkan bacaan lebih kuat pada bulan Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat