Jepun Buat U-Turn? Larangan Terhadap ‘Stablecoin’ Negara Luar Bakal Ditarik Kembali?

125

Jepun menjadi salah satu negara besar pertama yang mewujudkan rangka kerja undang-undang untuk stablecoin pada bulan Jun. Enam bulan kemudian, dikatakan Jepun ingin membuat langkah U-turn dengan mengubah suai larangan sedia ada kerana Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA) sedang berusaha untuk menarik balik larangan ke atas stablecoin keluaran negara asing.

Masih tidak jelas token mana yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, USDC yang disokong Circle dan Coinbase dan USDT Tether dijangka akan membuat kemunculan semula. Berdasarkan, laporan oleh agensi berita tempatan Nikkei, peraturan stablecoin baharu mungkin akan diperkenalkan pada 2023.

Di bawah peraturan baharu, pengedar akan ditugaskan untuk mengendalikan stablecoin dan bukannya pengeluar asing untuk melindungi nilainya. Pertukaran aset digital di negara ini akan dapat mengendalikan perdagangan stablecoin di bawah syarat pemeliharaan aset melalui deposit dan had atas kiriman wang.

FSA telah mencadangkan jumlah maksimum kiriman wang untuk stablecoin tersebut dihadkan pada 1 juta yen (atau $7,500 setiap transaksi).

Bagi stablecoin yang ditambat dalam negara, pengeluar akan dikehendaki menyediakan aset sebagai cagaran. Selain itu, hanya bank, penyedia perkhidmatan pemindahan dana dan syarikat amanah boleh menjadi pengeluar dalam pasaran stablecoin Jepun.

FSA akan memberi mandat kepada pengedar stablecoin untuk merekodkan butiran transaksi seperti nama pengguna sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan pengubahan wang haram (AML). Pengawal selia kewangan juga merancang untuk mula mengumpul maklum balas mengenai cadangan untuk draf garis panduannya mengenai stablecoin.

Stablecoin telah berada dalam radar pengawal selia selama beberapa tahun. Kebanyakkan pemain industri juga mula disiasat untuk mengukur risiko. Sebelum ini, parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang untuk mengharamkan pengeluaran stablecoin oleh institusi bukan perbankan dan menetapkan bahawa pengeluaran itu terhad kepada bank berlesen, ejen pemindahan wang berdaftar dan syarikat amanah di Jepun.

Rang undang-undang itu diperkenalkan selepas ledakan TerraUSD yang mencetuskan isu kecairan di seluruh pasaran. Pada bulan Disember ini, pengawal selia Jepun menerbitkan dokumen yang menyerlahkan rancangannya untuk menyekat sokongan algoritma stablecoin. Menurut Naib Menteri Hal Ehwal Antarabangsa Jepun, Tomoko Amaya, cadangan telah dibuat oleh FSA yang bertujuan untuk menangani pendirian terhadap stablecoin algoritma buat kali pertama.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat