JPMorgan Dakwa Ethereum Gagal Kekalkan Dominasi DeFi?

387

Penganalisis daripada JPMorgan, termasuk pengarah urusan, Nikolaos Panigirtzoglou mendakwa Ethereum sudah kehilangan dominasinya sebagai rangkaian utama pertumbuhan sektor kewangan desentralisasi (DeFi).

Rangkaian kedua paling popular selepas Bitcoin (BTC) itu akan kembali unggul jika fasa sharding selesai.

Sementara itu, lambakan rangkaian seperti Terra, Binance Smart Chain (BSC), Avalanche, dan Solana akan menggantikan posisi Ethereum.

Sebagai rekod, sharding merupakan fasa terakhir bagi Beacon Chain. Peringkat ini dijangka tamat sepenuhnya pada sekitar 2023.

Tapi, nanti dulu! Kumpulan pembangun Ethereum berkata sebaliknya – “Jika lihat kepada data, Ethereum masih lagi rangkaian yang paling kerap digunakan.”

Difahamkan sebanyak 66.7% daripada 26 rangkaian yang disokong oleh protokol indeks Ethereum, The Graph sedang menunggu untuk berlabuh di Ethereum.

DeFi sebenarnya merujuk kepada aplikasi yang dibangunkan di blockchain, beroperasi seperti bank dengan menawarkan penggunanya pelbagai fungsi tanpa perantara.

Aplikasi DeFi pertama terbesar yang mendapat perhatian ialah MakerDao yang bersiaran sejak 2017 di Ethereum. Susulan daripada itu, sektor DeFi di Ethereum terus berkembang dan setakat hari ini sebanyak 250 platform DeFi telah wujud.

Tetapi disebabkan populariti DeFi di Ethereum terlalu tinggi, rangkaian ini kerap berhadapan dengan kesesakan dan kos transaksi melampau.

Disebabkan itu juga, mereka berusaha untuk membuat pembaharuan. Buat masa sekarang Ethereum masih menggunakan konsensus Proof-of-Work (PoW) dan sedang beralih kepada sistem Proof-of-Stake (PoS) atau Ethereum 2.0 melalui kemaskini Altair.

Selain daripada itu, banyak faktor yang perlu ditimbang kira termasuklah sekuriti dan token insentif seperti yang ditawarkan di rangkaian lain.

Jika penyelesaian lapisan-2 Ethereum menerapkan insentif yang sama, tidak mustahil pasaran DeFi di rangkaian ini akan bertambah unggul.

Terbaru, pengasas Ethereum, Vitalik Buterin ada mendedahkan rangkaian ini masih ada 50% sebelum sepenuhnya matang dan dijangka mencapai paras tersebut lagi 6 tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat