Jumlah Pelabur Kripto Bakal Cecah 1 Bilion Pada Hujung 2022!

1,088

Pertumbuhan pasaran mata wang kripto tidak dinafikan sangat pesat hingga membawa jangkaan jumlah pengguna aset digital ini meningkat sehingga satu bilion pada akhir 2022.

Berdasarkan rekod daripada Crypto.com, setakat ini pengguna mata wang kripto mencatatkan jumlah seramai 300 juta. Ini bermakna, berbaki 11 bulan sahaja lagi jumlahnya meningkat kepada satu bilion.

Tidak cukup dengan itu, populasi kripto global juga meningkat 178% sepanjang 2021, meningkat dari 106 juta pada Januari kepada 295 juta pada Disember.

Bagi rekod separuh pertama 2021, penerimaan kripto sangat rancak didorong oleh penyertaan institusi gergasi dunia – Tesla dan Mastercard.

Bagaimanapun untuk separuh kedua tahun yang sama menyaksikan pertumbuhan yang agak perlahan tetapi masih melepasi rekod pada 2020 dengan peningkatan sehingga 37.5%.

Sebagai rekod, pada tempoh yang sama untuk 2020, penerimaan mata wang kripto cuma 33.3%, menjadikan perbezaan pertumbuhan antara  dua garis masa ini sebanyak 13%.

Adakah anda akan kekal hodl sehingga menjadi sebahagian 1 bilion komuniti kripto itu?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat