Jumlah Tuntutan Pengangguran A.S Tidak Begitu Baik – Pasaran Semakin Bimbang!

262

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukan tuntutan awal untuk faedah pengangguran pada minggu lepas dilaporkan meningkat tidak dijangka kepada 742,000 unit. Hal ini telah mendorong peningkatan kebimbangan bahawa kes jangkitan Covid-19 yang melonjak naik akan mengekang pemulian dalam pasaran buruh.

Disisi lain ahli ekonomi malah menjangkakan jumlah tuntutan pengangguran turun kepada 707,000. Angka minggu sebelumnya telah dinilai semula mejadi 711,000 berdasarkan laporan Tenaga Kerja A.S. Secara keseluruhan, jumlah tuntutan pengangguran telah menunjukkan trend kejatuhan kepada 6.372 juta, sedikit lebih rendah daripada ramalan pakar ekonomi.

Setakat ini Amerika Syarikat telah mencatat sebanyak 11.6 juta kes jangkitan positif Covid-19 dan sebanyak 250 juta orang telah menemui kematian. Pada hari Rabu semalam, A.S telah mencatat kes harian yang membimbangkan iaitu sebanyak 79,000 kes.

Kebanyakkan negeri A.S telah mengenakan sekatan baru dan menerapkan langkah kawalan pergerakan sosial. Perkara ini telah memberi kesan kepada sektor perniagaan. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi semakin peralahan kerana pakej rangsangan yang ditawarkan pada awal tahun bakal tamat.

Indeks US dolar yang mengukur matawang green back berbanding matawang utama mencatat pengukuhan sebanyak 0.13% kepada 95.597 setakat jam 9.40 p.m kerana didorong oleh harapan pasaran terhadap rangsangan monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat