Jutaan Pengundi AS Diganggu Panggilan Misteri

921

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menjalankan siasatan berhubung panggilan misteri atau ‘robocall’ yang mengarahkan orang ramai di seluruh Amerika Syarikat (AS) agar duduk di rumah ketika hari pilihan raya.

Robocall adalah panggilan yang menghantar mesej secara automatik kepada orang ramai dengan menggunakan suara robot.

Jutaan pengundi dilaporkan telah menerima panggilan berkenaan.

Pihak berkuasa masih mengesan dari mana panggilan terbabit dibuat dan sesetengah panggilan itu tidak menyebut secara khusus mengenai pengundian.

“Terdapat sedikit kekeliruan mengenai hal ini di seluruh industri,” kata Naib Presiden RoboKiller, Giulia Porter kepada Reuters. Robokiller merupakan syarikat yang memerangi panggilan berbentuk robocall.

Ujar Porter, salah satu panggilan tersebut hanya menyatakan itu adalah panggilan percubaan dan menyuruh orang ramai duduk di rumah.

Jelas Porter lagi, robocall itu telah dilakukan selama hampir setahun namun menjadi salah satu panggilan palsu terbesar di AS semalam.

Pihak berkuasa khuatir tentang panggilan terbabit terutamanya di negeri yang menjadi tumpuan utama iaitu Michigan.

“Pastinya semua ini palsu dan satu usaha untuk menyekat undian. Jangan terpedaya dengan panggilan itu,” kata Peguam Awam Michigan, Dana Nessel menerusi Twitter.

Selain itu, Peguam Awam New York, Letitia James menyifatkan panggilan terbabit yang digunakan untuk menghalang orang ramai daripada keluar mengundi adalah tidak wajar dilakukan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat