Kadar Pendapatan UK Lebih Tinggi Daripada Jangkaan

56

Laporan rasmi yang dikeluarkan pada hari ini, menunjukkan kadar pengangguran di UK kekal stabil pada bulan Ogos, namun upah inflasi meningkat.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan UK (ONS), kadar pengangguran kekal pada 4.3% pada bulan Ogos seperti yang dijangka.

Jumlah tuntunan pengangguran (claimant count) meningkat sebanyak 1,700 pada bulan September, tersasar jauh daripada jangkaan yang menjangkakan hanya sebanyak 1000 peningkatan selepas jumlah tuntunan berkurang sebanyak 200 pada bulan sebelumnya setelah dikaji semula.

Manakala data pekerjaan indeks purata pendapatan (Average earning index) meningkat ke paras 2.2% dalam tempoh 3 bulan yang berakhir pada bulan September. Jangkaan pasaran untuk data ini adalah 2.1% yang mana lebih rendah daripada data sebenar.

Bacaan indeks purata pendapatan pada bulan Ogos ialah 2.1% daripada data asal yang mencatat bacaan 2.2 % setelah dikaji semula.

Bagi indeks purata pendapatan tanpa mengambil kira bonus, kadar upah meningkat 2.1 % indeks purata pendapatan dalam tempoh 3 bulan sehingga Ogos, berbanding dengan jangkaan yang menjangkakan kenaikan 2.0% dan 2.2% pada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat