Kecut Perut Saudagar Minyak Tengok Emas Hitam Terjun Bebas!

368

Penderitaan pasaran minyak mentah berterusan apabila dagangan komoditi hitam melanjutkan penurunan ke paras terendah baharu bulanan disebabkan prospek yang tidak menentu dalam permintaan global.

Ketika sesi dagangan Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada paras terendah tujuh bulan sekitar $88 setong selepas jatuh lebih 5% pada sesi sebelumnya.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan suram pada paras terendah lapan bulan sekitar $82 setong susulan kemerosotan hampir 6% pada Rabu.

Kebimbangan terhadap permintaan global terus membelenggu pasaran susulan penutupan coronavirus di bandar-bandar utama China yang dibimbangi akan mengancam lebih banyak kerosakan ekonomi dan menjejaskan permintaan dari ekonomi gergasi kedua dunia itu.

Dalam pada itu, risiko dari segi bekalan kekal menyelubungi pasaran selepas Presiden Vladimir Putin berkata Rusia tidak akan membekalkan tenaga kepada negara yang menyokong had harga ke atas minyaknya.

Hal ini sedikit sebanyak membantu menghalang minyak mentah daripada jatuh lebih rendah, namun kebimbangan terhadap permintaan masih menguasai pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat