Kedudukan Terkini Matawang : Matawang Sterling Melonjak Naik Berbanding US Dolar!

339

Matawang US dolar menyusut pada hari ini berikutan jangkaan bahawa the Fed akan mengurangkan kadar faedah semakin tipis dan dalam masa yang sama matawang euro mencatat pengukuhan selepas data sektor swasta zon Eropah positif, secara tak langsung memberi harapan bahawa blok ekonomi tersebut dapat menghindari kemelesetan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.20% pada paras 98.012 setakat jam 10.00 p.m. Disisi lain matawang Euro mencatat pengukuhan susulan daripada data PMI Jerman dan Perancis pada bulan Ogos yang melebihi jangkaan. Walaubagaimanapun laporan menunjukkan sektor pembuatan Jerman masih kekal pada paras yang gawat dan aktiviti dalam sektor perkhidmatan juga semakin peralahan.

Pada awal pembukaan hari rabu, laporan minit mesyuarat FOMC bulan lepas telah mengecewakan jangkaan pasaran. Laporan FOMC menunjukan bahawa pengurangan kadar faedah pada bulan lepas bukanlah satu permulaan lanjutan pelonggaran monetari.

Para pelabur kini sedang menantikan ucapan Jerome Powell di Jackson Hole pada keesokan hari bagi mendapatkan indikasi mengenai sejauh mana bank pusat bersedia untuk menurunkan kadar faedah.

Disisi lain pada ketika ini, beberapa bank pusat utama telah mengurangkan kadar faedah bagi menghadapi pertumbuhan ekonomi global yang perlahan akibat perang dagang AS dan China.

Matawang pound pula didagangkan kukuh berbanding US dolar susulan komentar Merkel yang mengatakan bahawa isu Brexit dapat diselesaikan pada 31 Oktober nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat