Kedudukan Terkini Undi Pembebasan Scotland dan Matawang GBP Menaik.

146

Kedudukan terkini undi scotland

GBP/USD meningkat kepada 1.65230 (tgh hari waktu Malaysia)  hampir 250 pips sejak semalam, kerana ia kelihatan seperti orang Scotland akan mengundi untuk tinggal dan menjadi sebahagian daripada UK. Kadar pengangguran yang menjadi tajuk utama di UK jatuh kepada 6.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir bulan Julai – paras terendah sejak tahun 2008.

Angka ini adalah lebih kurang sejajar dengan jangkaan, jatuh dengan stabil apabila ekonomi pulih, walaupun angka gaji belum dapat ditingkatkan. Masih terdapat 2 juta menganggur dan 30.6 juta orang yang bekerja di UK, manakala kadar pekerjaan  mencapai 73 peratus untuk umur sekitar 16-64 tahun berusia, peningkatan pada kadar 72.9 peratus bagi tempoh tiga bulan hingga April.

Pengundi-pengundi di Scotland pada hari Khamis mula membuang undi mereka dalam referendum bersejarah sama ada untuk kekal di dalam UK atau bebas merdeka sebagai sebuah negara merdeka. Ini adalah peristiwa yang sangat besar dan berikan efek mendalam kepada matawang GBP. Kempen untuk bebas daripada UK di buat selamat 2 tahun. Namun kebanyakan pemilihan menunjukkan pro-U.K. Buat masa ini,  jam 1.00 PM waktu Malaysia, apabila artikel ini ditulis, ramai kawasan daripada UK telah Vote kepada TIDAK(mahu kekal dalam UK), berbanding kawasan yang vote sebagai YA(mahu bebas). Nampaknya undi TIDAK mendahului undi YA.

Apa-apa pun banyak spekulator berlegar-legar dalam isu ini. Volatility tinggi dijangkakan selepas keputusan penuh.

Keputusan penuh : Lihat sini : Keputusan Undian Pilihanraya Scotland

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat