Kejatuhan GBP/USD Gagal Dibendung, Harga Cecah $1.1500

257

Pergerakan trend bearish harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dikekalkan sehingga ke penghujung minggu menyaksikan harga susut ke paras terendah terbaru 2 tahun.

Mata wang Pound kekal tertekan dengan dominasi pengukuhan US dolar di penghujung minggu susulan sentimen risk-off pasaran selepas China mengumumkan sekatan pergerakan dilaksanakan di Chengdu akibat penularan Covid-19.

Data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam juga telah menyokong pengukuhan US dolar dengan bacaan yang stabil.

Namun, waspada untuk kemungkinan US dolar boleh menyusut menjelang laporan data pekerjaan NFP AS dengan jangkaan pertambahan pekerjaan di Amerika untuk bulan Ogos yang merosot.

Jika diteliti pada carta GBP/USD Khamis semalam, harga menyambung penurunan sekitar 100 pips dengan paras 1.16000 kini menjadi rintangan buat harga.

Mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun, penurunan harga semalam telah mencecah sekitar 1.15000 mengekalkan corak bearish sehingga ke penghujung minggu.

Pergerakan harga terus dinilai berada pada trend bearish di mana harga kekal berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Penurunan harga jika diteruskan dilihat akan mencecah ke paras sekitar 1.14000 untuk catatkan paras terendah terbaru lagi.

Paras tersebut juga merupakan zon terendah harga yang dicecah pada dagangan Mac 2020 yang lalu.

Namun jika terdapat lonjakan harga semula pada penutup sesi terakhir minggu ini, berkemungkinan rintangan pada 1.16000 bakal diuji sebelum harga memberi isyarat perubahan trend bullish melepasi halangan MA50.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan bakal mensasarkan pada zon rintangan 1.18000 sebelum menuju pula ke rintangan minggu lalu sekitar 1.18800.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat