Kejatuhan Harga Minyak Mentah Beri Kesan Buruk Terhadap Ringgit Malaysia?

985

Ringgit Malaysia bakal terjejas dipengaruhi oleh kejatuhan harga minyak mentah pada awal minggu ekoran rundingan OPEC bersama rakan sekutunya OPEC+ ditangguhkan ke penghujung minggu.

Keadaan defisit fiskal yang meruncing dan ketidaktentuan politik sebelum ini telah menambahkan risiko terhadap ringgit yang mencatatkan prestasi cemerlang berbanding nilai serantau seperti Rupiah Indonesia dan Baht Thai pada suku pertama. Situasi bertambah kritikal dengan permintaan global yang menurun dan keadaan ekonomi Malaysia yang makin susut.

Hal ini menambahkan cabaran buat Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berusaha untuk mengekalkan ekonomi selepas menerima jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 di samping berdepan krisis wabak COVID-19. Keadaan mata wang yang lemah telah mengehadkan ruang untuk Bank Negara meringankan keadaan ekonomi kini.

Harga minyak yang berada di paras rendah menjadi salah satu faktor utama kepada tekanan mata wang sekaligus menyebabkan pengurangan hasil kerajaan. Keadaan ini akan memburukkan lagi defisit belanjawan yang dijangka akan mencapai 4% pendapatan kasar domestik pada tahun ini yang mana paling tinggi sejak 2012.

Bank pusat menjangkakan minyak mentah diniagakan sekitar $25 hingga $35 setong pada 2020.

Nilai Ringgit Malaysia telah jatuh di paras 4.4490 berbanding US dolar pada Mac lalu yang mana hampir mencapai tahap 4.5002 yang dicapai pada awal 2017 iaitu terendah dalam hampir dua dekad.

Dagangan US dolar berbanding Ringgit kekal utuh apabila wujud paras sokongan sekitar 4.25 pada 27 Mac lalu. Rentetan daripada itu, harga dilihat mampu menguji rintangan awal pada 4.4490 pada masa terdekat. Jika peningkatan tersebut melebihi paras yang dianggar, ia mampu menghampiri nilai puncak pada 2017 iaitu sebanyak 4.5002.

Menurut Bank Negara Malaysia, faktor domestik yang lemah juga turut menjejaskan mata wang. Ekonomi diramalkan menurun dengan kadar 2% berikutan wabak virus. Malah, harga komoditi juga berada pada tahap rendah.

Pertukaran asing yang berlaku pada akhir Mac mungkin dapat memberi bayangan kepada bank pusat untuk mempertahankan kejatuhan nilai ringgi daripada terus menyusut ke tahap yang lebih rendah.

Para penganalisis ekonomi memberi ramalan pada Mac lalu dengan jaminan nilai ringgit boleh mengukuhkan kedudukannya pada 4.20 per dolar pada akhir tahun.

Faktor utama pemulihan Ringgit akan bergantung pada pasaran minyak mentah apabila permintaan global kembali meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat