Kejatuhan Inventori AS Redakan Kebimbangan Pelabur Minyak

220

Minyak mentah didagangkan stabil susulan laporan yang menunjukkan penurunan dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lalu, sekali gus meredakan kebimbangan pasaran terhadap permintaan yang mungkin terjejas akibat kebangkitan semula kes Covid-19.

Memasuki sesi Eropah, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat di sekitar harga $74.60 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $73.45 setong.

Menurut Institut Petroleum Amerika (API), stok minyak mentah AS jatuh sebanyak 8.2 juta tong pada minggu lalu. Namun, inventori petrol meningkat sebanyak 2.4 juta tong dan stok penyulingan meningkat sebanyak 428,000 tong.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada mesyuarat OPEC+ pada hari Khamis, selepas Jawatankuasa Teknikal Bersama OPEC + (JMMC) mengunjurkan bahawa permintaan minyak mentah global dijangka meningkat 6 juta tong sehari pada tahun ini.

Unjuran ini telah menyokong dagangan minyak mentah untuk didagangkan kukuh, di tengah kebimbangan pasaran terhadap lonjakan kes jangkitan Covid-19 di Asia dan Eropah sehingga memaksa beberapa langkah sekatan tambahan dilaksanakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat