Kekalkan Momentum, Bursa Terus Dalam Wilayah Hijau

113

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 9.17 mata pada 1,612.37 daripada penutupan Selasa pada 1,603.2.

Indeks dibuka 6.72 mata pada 1,609.92.

Ia dibuka dalam aliran menaik hasil sokongan minat belian dari dana asing walaupun prestasi semalaman Wall Street ditutup lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 242 berbanding 169, manakala 279 kaunter pula tidak berubah, 1,548 tidak didagangkan dan 11 digantung.

Jumlah perolehan pada 352.1 juta unit bernilai RM225.77 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd berkata aliran menaik ini dijangka berterusan ekoran momentum belian yang berpanjangan.

Selain itu, saham bawahan dijangka kekal disokong oleh laporan pendapatan korporat yang boleh menyediakan peluang dagangan bagi masa terdekat.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Kuala Lumpur Bhd maju 92 sen pada RM26.52, Sime Darby Plantation Bhd kukuh 10 sen pada RM4.74, MISC Bhd tambah 12 sen pada RM7.11, Maybank naik 3 sen pada RM8.72 sementara Public Bank hilang 1 sen pada RM4.40.

Saham aktif memperlihatkan Vortex Consolidated Bhd tambah 1.5 sen pada 8.5 sen, Dagang NeXchange Bhd kekal pada RM1.27 dan SMTrack Bhd susut 1 sen pada 21.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE maju 28.82 mata pada 6,302.88, FBM 70 naik 15.72 mata pada 13,773.09, FBM Emas tambah 50.9 mata pada 11,492.84, FBMT 100 canak 52.52 mata pada 11,180.72 dan FBM Emas Shariah mekar 67.02 mata pada 12,237.12.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 36.37 mata pada 16,533.75, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 0.29 mata pada 213.09 dan indeks Perladangan melayu 140.06 mata pada 7,812.1.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat