Kementerian Kewangan UK Merancang Untuk Mengawal Selia Dan Meng’crack’ Bitcoin Seawal Tahun Hadapan

107

Menteri-menteri UK sedang dalam proses untuk mencuba meng’crack’ matawang virtual Bitcoin berikutan kekhuatiran terhadap peningkatan pengubahan wang haram dan menghalang mereka dari mengelak cukai.

Badan kewangan telah mendedahkan pelan untuk mengawalselia Bitcoin bagi menekan pelabur-pelabur untuk menonjolkan identiti mereka dan mengesan akitiviti yang mencurigakan.

Pada ketika ini, urusan jual beli Bitcoin dan matawang digital lain dilakukan tanpa kawal selia mana-mana pihak dan identiti masing-masing dirahsiakan. Hal ini menyebabkan, ramai cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan platform ini untuk melakukan transaksi jenayah dan mengelak membayar cukai.

Badan kewangan UK berhasrat untuk memulakan perlaksanaan kawal selia ke atas matawang digital yang berjumlah £145 billion sebagai langkah pencegahan pengubahan wang haram dan tindakan untuk menghalang teroris kewangan.

Undang-undang baru tersebut dijangka akan diimplementasikan di seluruh zon Eropah pada akhir tahun ini atau seawal tahun 2018, menurut menteri yang terlibat.

Kini Bitcoin telah mencapai harga $11,478.50 setiap satu dan jumlah pasaran sebanyak $191 billion. Ethereum pula didagangkan pada $468.13 dengan jumlah pasaran $44 billion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat