Kemerosotan Data China Membimbangkan Pasaran Sementara Aktiviti Perkilangan UK Menguncup

360

Data ekonomi daripada Australia memulakan sentimen pasaran kewangan hari ini. Indeks Prestasi Perkhidmatan AIG di Australia menurun kepada 52.2 pada Jun 2019 daripada paras tertinggi lapan bulan 52.5 pada bulan Mei. Bacaan terbaru menunjuk kepada perkembangan kedua dalam aktiviti perkhidmatan pada tahun 2019.

Tidak lama selepas itu, AUD menerima impak positif daripada data lebihan dagangan Australia yang melebar dengan ketara kepada AUD 5.75 bilion pada Mei 2019 daripada semakan semula AUD 4.82 bilion pada bulan sebelumnya dan menewaskan jangkaan pasaran lebihan AUD 5.25 bilion.

Ini menandakan lebihan dagangan yang terbesar di dalam rekod, kerana eksport naik 4 peratus ke paras tertinggi sepanjang AUD 41.59 bilion, sementara import meningkat pada kadar 2 peratus lebih rendah kepada AUD 35.84 bilion.

Walaubagaimanapun, matawang Aussie kembali goyah sejurus sahaja bacaan tinjauan perkhidmatan China dikeluarkan. Perkhidmatan Umum China Caixin PMI jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat bulan sebanyak 52.0 pada bulan Jun 2019 daripada 52.7 pada bulan sebelumnya.

Penutupan sesi Asia hari ini ditutup rendah berikutan kebimbangan perdagangan global yang berterusan selepas berita bahawa Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat akan mengenakan tarif sehingga 456% ke atas keluli yang dihasilkan di Korea Selatan atau Taiwan yang kemudiannya dihantar ke Vietnam dan akhirnya dieksport ke AS.

Dalam perkembangan dagangan Eropah, Pound meneruskan penyusutannya susulan aktiviti sektor perkhidmatan di UK jatuh ke 50.2 pada Jun berbanding 51.0 yang ditempah pada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat