Kemerosotan Ekonomi Jerman Petunjuk Awal Kejatuhan Dagangan Euro?

666

Pasaran pada sesi Eropah memperlihatkan dagangan matawang Eropah yang menurun terkesan oleh data ekonomi selain faktor ketidaktentuan Brexit yang terus berlarutan.

Menteri Ekonomi Jerman berkata data terkini memberi isyarat kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah untuk suku tahun kedua 2019 terutamanya pada sektor perkhidmatan.

Aktiviti perindustrian masih kekal perlahan didorong oleh permintaan luar negara yang masih terjejas. Terdapat juga ancaman risiko oleh faktor ketegangan perdagangan dan geopolitik.

Namun, ekonomi dijangka akan kembali meningkat dengan segera jika faktor-faktor persekitaran luar yang mempengaruhi ekonomi dapat diselesaikan.

Apa yang menjadi kebimbangan utama bagi Jerman adalah berdepan risiko pada sektor perindustrian dan perkilangan yang berpotensi menjejaskan sektor perkhidmatan dan memburukkan lagi keadaan ekonomi yang semakin genting.

Ekonomi telah pun diramalkan perlahan untuk suku tahun kedua dan jika sektor perkhidmatan terus merudum, berkemungkinan risiko terhadap kegawatan ekonomi akan kembali meningkat untuk tempoh separuh kedua 2019 ini.

Jerman sebagai ekonomi terbesar Eropah akan menjadi tumpuan utama pelabur yang menentukan kecenderungan pergerakan harga bagi dolar Euro.

Sementara pada faktor fundamental, bank pusat Eropah dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 2 kali pada tahun ini, dengan setiap 10 mata asas penurunan pada mesyuarat September dan Disember.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat