Kempen Pilihan Raya Fasa Kemuncak – Pasaran Semakin Berhati-Hati!

1,024

Indeks utama Wall Street menunjukkan lonjakan besar pada hari Isnin setelah mencatat kejatuhan mingguan yang paling tinggi sejak Mac ketika para pelabur memberi perhatian pada pilihan raya presiden A.S. Di samping itu, US dolar juga mencatat lonjakan berbanding matawang lain.

Peserta pasaran menjangkakan pergolakan perdagangan jangka pendek dan pergeseran dasar pada jangka panjang yang berkaitan dengan cukai, perbelanjaam kerajaan, perdagangan dan polisi negara. Hal ini adalah bergantung kepada siapakah yang akan memenangi pilihan raya, sama ada Presiden Donald Trump atau pencabarnya dari Demokrat, Joe Biden.

Pada ketika ini Biden sedang mendahului dalam pemilihan pungutan suara negara. Namun, persaingan kelihatan sengit di beberapa negara dalam Amerika Syarikat yang dapat memihak kepada Trump. Penganalisis berpendapat bahawa hasil keputusan pilihan raya akan membawa goncangan dalam pasaran saham dan kewangan dalam waktu terdekat.

Pelabur lebih cenderung dan membuat pertaruhan bahawa Biden dapat mengungguli Trump yang diharapkan dapat memberikan rangsangan fiskal besar-besaran dan mempromosikan tenaga hijau. Dasar ini dapat mendorong peningkatan permintaan terhadap industri besar dan kecil dalam beberapa minggu terakhir.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan 0.16% kepada paras tukaran 94.190.

Matawang pound sempat mengukuh sebentar sebelum susut akibat kekhuatiran terhadap langkah perintah berkurung. Matawang pound susut 0.31% kepada paras tukaran 1.2902 berbanding US dolar.

Tumpuan pasaran pada minggu ini juga tertumpu mesyuarat dasar dua hari Federal Reserve.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat