Kenaikan EUR/JPY Minggu Ini Beri Petunjuk Awal Sentimen Pasaran Berubah?

235

Terdapat petunjuk perubahan sentimen pasaran jika penganalisis menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY untuk minggu ini.

Harga telah pamerkan kenaikan sejak awal minggu dari paras terendah harga dicecah Isnin lalu sekitar 124.500 yang menjadi support harga.

Kenaikan harga tersebut menunjukkan mata wang Yen mula kehilangan momentum semula dalam pasaran selepas beberapa minggu sebelum ini mengukuh disokong oleh sentimen pasaran berisiko ekoran krisis perang Rusia-Ukraine yang berlanjutan.

Namun, pelabur tetap berwaspada terhadap dagangan Euro walaupun berjaya menunjukkan peningkatan berbanding Yen menjelang keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis yang berkemungkinan boleh memberi tekanan semula terhadap Euro jika ECB kekal sampaikan kenyataan bernada dovish bagi dasar monetari.

Kenaikan harga pada carta EUR/JPY telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat bahawa trend bearish yang berterusan beberapa minggu ini mungkin berakhir.

Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga memulakan kenaikan dari paras 126.00 pada pembukaan sesi Asia namun pergerakan harga perlahan dan berlegar di sekitar 126.500 sehingga ke awal sesi Eropah.

Kenaikan harga dijangkakan untuk menuju ke paras 127.400 bagi menguji zon SBR (support become resistance) terbaru harga selepas penurunan harga minggu lalu berjaya tembusi paras tersebut.

Untuk unjuran kenaikan lebih tinggi, paras 128.00 hingga 128.500 menjadi antara zon tumpuan untuk pelabur menilai reaksi harga bagi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Sebaliknya, jika sentimen pasaran bertambah risiko dan meningkatkan semula tarikan terhadap Yen, harga bakal menyambung semula penurunan pada minggu lalu.

Zon support pada 124.500 bakal kembali diuji sekali lagi selepas penurunan di awal minggu gagal tembusi zon tersebut.

Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju sekitar paras 123.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 16 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat