Kenaikan EUR/USD Sekali Lagi Tersangkut Di Paras $1.21800

478

US dolar masih pamer prestasi suram dengan bergerak susut ke paras terendah 10 minggu pada sesi New York semalam sementara tumpuan akan terarah pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada hari ini.

Pelabur bimbang kenaikan tinggi pada kadar inflasi akan menjejaskan nilai mata wang, namun Federal Reserve (Fed) yang mengekalkan pelonggaran polisi menyatakan bahawa paras inflasi yang tinggi hanya bersifat sementara dan tidak akan menjejaskan polisi.

Momentum laporan pekerjaan NFP AS yang mengecewakan diterbit Jumaat lalu dijangka akan mendorong pergerakan lemah US dolar pada minggu ini. Namun peningkatan pada hasil perbendaharaan AS dilihat kembali mengimbangi nilai US dolar daripada kejatuhan.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat meningkat sekitar 50 pips sekali lagi menguji rintangan 1.21800.

Masih gagal menembusinya seperti yang berlaku pada hari sebelumnya, harga susut semula untuk menutup dagangan sesi New York lebih rendah sekitar paras harga 1.21500.

Penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga juga dilihat menjadi isyarat untuk trend bearish.

US dolar yang bergerak sedikit kukuh pada sesi Asia pagi ini telah menyaksikan penurunan awal dipamerkan pada carta EUR/USD.

Jangkaan untuk penurunan lebih rendah akan menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1.20900-1.20600.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan ke zon support pada 1.20000 yang turut diuji harga pada dagangan minggu lalu.

Namun, sekiranya US dolar terus susut dengan data-data ekonomi tumpuan AS catat bacaan merosot selepas ini, harga berkemungkinan akan melonjak melepasi zon rintangan 1.21500-1.21800.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju ke paras sasaran seterusnya sekitar 1.22500 yang merupakan zon rintangan buat harga pada dagangan Februari lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat