Kenaikan Harga Minyak Mentah Tekan USD/CAD Ke Paras Terendah Terbaru 5 Minggu

210

Dolar Kanada paparkan prestasi cemerlang pada pembukaan dagangan di awal minggu ini yang disokong oleh sentimen pasaran minyak mentah global.

Harga minyak mentah yang merupakan eksport utama Kanada, catatkan kenaikan susulan laporan perkembangan sekatan Eropah terhadap minyak mentah Rusia.

Walaupun minyak mentah melalui saluran bawah laut dijangka tidak akan disekat, namun 90% import minyak Rusia dipersetujui untuk disekat melibatkan penghantaran kapal tangki.

Situasi yang akan mengganggu bekalan itu telah mendorong peningkatan harga minyak dalam pasaran sekaligus menyokong pengukuhan dolar Kanada.

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD jelas memaparkan corak penurunan di awal minggu untuk 3 sesi berturut-turut yang juga didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang masih berlarutan.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal memberi isyarat bearish buat harga.

Setelah penurunan harga mencecah paras sekitar 1.26500 pada sesi New York, harga mendatar di sekitar paras tersebut sehingg ke penghujung sesi.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga masih mendatar di sesi Asia, namun pelabur menjangkakan penurunan harga akan diteruskan bersambung pada sesi New York.

Penurunan yang diteruskan bakal menuju ke paras 1.26000 untuk harga menguji zon support tersebut di samping terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tempoh 5 minggu.

Penurunan lanjut harga dilihat akan mensasarkan ke zon 1.25000 sekiranya trend bearish harga berjaya dikekalkan.

Sebaliknya, jika situasi dalam pasaran mula berubah dan membuatkan harga melonjak semula, paras halangan MA50 dan zon sekitar 1.27300 bakal diuji sebelum pelabur menilai petunjuk untuk perubahan trend harga.

Kenaikan lebih tinggi harga seterusnya bakal menuju zon SBR (support become resistance) 1.29000 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat