Kenapa BTC Kekal Daya Tahan Walaupun Diancam? Ini 3 Sebabnya!

346

“Memang harga BTC tak terkesan sangat, tapi sampai bila nak mendatar je?”

Para pelabur mengalami penderitaan apabila pasaran mata wang kripto sejak kebelakangan ini menyaksikan pelbagai cabaran sehingga mengakibatkan pergerakan harga aset digital semakin tidak menentu.

Antara rintangannya ialah apabila bursa gergasi kripto Binance disaman oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dengan tiga belas pertuduhan manakala Coinbase pula dituduh beroperasi sebagai broker tidak berlesen.

Pasaran kripto turut terkesan setelah SEC memfailkan dokumen mahkamah untuk membekukan aset Binance US, tetapi persoalannya bagaimanakah harga Bitcoin (BTC) kekal berdaya tahan walaupun terdapat ancaman?

Hal ini kerana had bekalan yang sentiasa ditetapkan pada 21 juta telah menjadi salah satu sebab BTC menarik perhatian ramai pelabur susulan ia menyerupai simpanan nilai digital.

Selain itu, BTC juga mampu kukuh apabila ramai orang semakin menggunakan atau memegang aset digital itu, di mana bilangan pengguna dan pemegang sepanjang minggu lepas meningkat secara ketara sungguhpun pasaran kripto dicabar oleh penipu atau tindakan undang-undang.

Malah menjelang April 2024, BTC yang bakal melakukan acara halving membawa makna bahawa aset digital tersebut akan semakin digemari oleh mereka ingin mencari perlindungan semasa inflasi mencapai tahap membimbangkan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.49% pada paras $28,446 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $512 bilion seterusnya tergelincir skeitar 2.54% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat