Kenapa GOLD Dijangka Bakal Melonjak Semula?

1,956

Dagangan awal minggu menyaksikan pergerakan perlahan harga emas setelah mendatar pada penghujung minggu lalu.

Namun pelabur bakal menjangkakan harga emas akan kembali melonjak semula pada minggu ini.

Hal ini didorong oleh faktor jangkaan penyusutan US dolar yang berterusan susulan Kongres AS menangguhkan perbincangan mengenai pakej rangsangan ekonomi dan bercuti selama sebulan.

Kegagalan dalam mencapai kesepakatan rundingan akan terus mengurangkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi terbesar di dunia itu di samping kebimbangan terhadap gelombang baru Coronavirus.

Pada carta harga emas XAU/USD, harga bergerak di sekitar paras 1950.00 berhampiran paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Berkemungkinan harga akan meneruskan kenaikan menuju semula ke paras 2000.00 sebelum menguji dahulu zon tumpuan harga tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula ke paras resistance tertinggi sepanjang masa yang direkodkan, iaitu sekitar ketinggian 2070.00.

Namun jika sentimen pasaran kembali pulih dengan perkembangan positif berkenaan vaksin, dagangan emas sebagai safe-haven akan terus menyusut.

Harga emas boleh jatuh semula ke bawah paras 1900.00 sehingga harga menguji paras sokongan pada sekitar 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat