Kenapa Permintaan Gas Dari Sektor Bukan Kuasa Bertambah Baik Pada 2022?

186

‘Adakah kita akan beralih ke tenaga mampan?’

Petronas Gas Bhd (PGB) menjangkakan permintaan gas tempatan dari sektor bukan kuasa akan meningkat selepas era Covid-19 ekoran industri tempatan kembali beroperasi sepenuhnya.

Pengerusi PGB, Adnan Zainol Abidin berkata peningkatan permintaan akan disokong oleh ketersediaan bekalan gas saluran paip serta import gas asli cecair.

Perincinya dalam Laporan Bersepadu 2021 yang dikeluarkan pada 29 Mac, PGB menjangkakan permintaan gas bakal meningkat secara beransur-ansur sementara penggunaan loji arang batu akan berkurangan secara berperingkat dan penjanaan eletrik akan digantikan dengan loji gas.

Ia juga selari dengan aspirasi industri bank dan pembiaya untuk mengukuhkan portfolio pelaburan lebih ‘hijau’.

Menurut Adnan, disebalik persekitaran perniagaan mencabar akibat pandemik Covid-19 serta ketidaktentuan ekonomi, PGB dan rakan kongsinya akan terus berusaha menyampaikan prestasi berdaya tahan pada 2021 sambil memastikan keselamatan bekalan gas Malaysia.

Terangnya, kumpulan itu telah berjaya mengharungi cabaran 2021 dengan menjana pendapatan RM5.65 bilion iaitu kira-kira 1% lebih tinggi daripada RM5.59 bilion hasil pada 2020.

Bagi prospek masa depan pula PGB akan mengusahakan pembangunan mampan disepadukan dalam semua aspek rantaian nilai perniagaan bagi memestikan syarikat berjaya dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingannya.

Beliau menambah bahawa PGB optimis untuk memberikan prestasi berdaya tahan pada 2022 ketika ia meneruskan projek pertumbuhan syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat