Keputusan Bank of England Menguatkan Lagi Pemulihan Matawang Pound

67

Semalam Khamis, 3 Nov, Bank of England (bank pusat) menjalankan mesyuarat dalam kalangan ahli (MPC)Monetary Policy Committee (Jawatankuasa Polisi Monetari). Dalam mesyuarat itu ahli MPC sepakat untuk mengekalkan kadar faedah 0.25% dan juga jumlah pembelian bon kerajaan sebanyak £435 bilion. Keputusan yang dibuat bagi kedua-dua perkara ini adalah sejajar dengan jangkaan keadaan ekonomi semasa.

Menurut MPC, keadaan ekonomi sepanjang tiga bulan terakhir ini adalah lebih kukuh daripada jangkaan yang telah dibuat dengan perbelanjaan isirumah yang meningkat dengan pantas. Pasaran perumahan juga lebih baik dari jangkaan. Walaubagaimanapun, pasaran komersial kekal lemah.

MPC menjangkakan kadar inflasi adalah tinggi sepanjang tiga tahun kedepan dengan jangkaan kadar akan berada di paras 2.75% pada 2018. Hal ini berikutan (Sterling depreciation) penyusutan nilai pound sterling yang meningkatkan kadar inflasi dan juga ketakseimbangan antara pertumbuhan dan inflasi itu sendiri.

Menurut BoE mereka akan monitor dan meneliti tahap yang akan dicapai oleh inflasi. Ini disebabkan inflasi tidak boleh dibiarkan terus naik tinggi dan ada had bagi kenaikannya. Pihak bank juga tidak menolak adanya kesan inflasi kali kedua.

Pihak jawatankuasa MPC menaikkan jangkaan pertumbuhan ekonomi untuk suku keempat 2016 dan 2017. Namun, jangkaan bagi 2018 dikurangkan. Menurut kenyataan bank pusat akan terus melaksanakan usaha bagi mengembalikan kadar inflasi ke tahap optimum sebanyak 2%. Untuk rekod kadar inflasi UK berada di paras 1%.

Kita dapat lihat tren menaik dalam kadar inflasi UK dalam rajah di bawah.

Tren Menaik kadar inflasi UK
Tren Menaik kadar inflasi UK

 

Tiada sebarang panduan yang diberikan dalam kalangan ahli MPC untuk pemotongan kadar dalam jangka masa pendek. Oleh itu tiada sebarang jangkaan pasaran kepada sebarang penambahan pelonggaran polisi, kecuali berlaku penurunan kadar inflasi yang tak diduga dalam masa terdekat ini ataupun tren pertumbuhan ekonomi yang semakin lembap.

Mari kita lihat pula tren pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa pendek ini untuk kita jadikan panduan kepada sebarang tindakan yang mungkin akan dibuat oleh bank pusat.

Tren menaik sejak Jan 2016
Tren menaik sejak Jan 2016

 

Eksport UK semakin kukuh
Eksport UK semakin kukuh

Sejurus sahaja pengumuman dibuat pasangan matawang GBP/USD menguat dari paras harga 1.2418 kepada 1.2493 iaitu kenaikan hampir 80 pip. Sebelum pengumuman ini, pada event yang berlainan dua jam lebih awal GBP/USD juga telah naik hampir 80 pip kerana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi UK untuk tidak membenarkan Perdana Menteri meneruskan usaha bagi memenuhi artikel 50 untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

GBP/USD spiked semasa news
GBP/USD spiked semasa news

 

Hal ini menguatkan lagi kebarangkalian bahawa UK mungkin tidak akan meninggalkan Kesatuan. Jika ini berlaku matawang GBP atau pound akan menguat semula kerana jangkaan pasaran iaitu UK tidak lagi terdedah kepada risiko pasaran.

 

Ini Penyebab Pound(GBP) Menguat Sebentar Tadi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat