Keputusan FOMC Beri Jangkaan Tinggi Untuk EUR/USD Teruskan Kenaikan

1,241

Matawang US dolar terus menunjukkan tanda-tanda untuk melemah sehingga menuju dagangan penghujung minggu.

Selepas Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.25%, dan kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell bernada dovish dalam menilai kesihatan ekonomi semasa Amerika Syarikat (AS) menambahkan lagi tekanan buat dagangan US dolar.

Kes jangkitan Coronavirus di AS masih lagi di tahap yang membimbangkan dan pelabur kini akan memberi tumpuan terhadap data pertumbuhan GDP untuk suku tahun kedua bagi menilai kesan penularan pandemik ke atas ekonomi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam dilihat kembali menyambung momentum kenaikan harga sebelum ini setelah mendatar pada Selasa lalu.

Bagi matawang Euro, data ekonomi Eropah akan mempengaruhi pergerakan harga dengan data pertumbuhan GDP Jerman untuk suku kedua akan menjadi tumpuan pelabur.

Kenaikan harga mencapai paras ketinggian 1.18000 susulan reaksi pasaran selepas keputusan mesyuarat FOMC dan kenyataan susulan Powell.

Namun harga kembali bergerak perlahan semula sehingga dagangan bersambung ke sesi pasaran Asia pada Khamis.

Harga masih berada di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di carta EUR/USD yang memberi petunjuka trend kekal bullish.

Jangkaan untuk US dolar kekal menyusut akan mendorong harga meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance 1.18000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Jun 2018.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula dan bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, harga bakal menuju semula zon RBS (resistance become support) sekitar 1.16000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat