Keputusan OPEC+ ‘Kejutkan’ Pasaran

3,481

Kaunter minyak dan gas (O&G) aktif diniagakan pada sesi dagangan pagi ini selepas harga minyak melonjak susulan Arab Saudi dan sekutu Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak.

Saham TH Heavy Engineering Bhd paling aktif didagangkan pagi ini, melonjak sebanyak 2 sen atau 16.67% kepada 14 sen. Kaunter itu menyaksikan 136.06 juta sahamnya bertukar tangan.

Saham dalam Sapura Energy Bhd, Velesto Energy Bhd, Bumi Armada Bhd, Alam Maritim Resources Bhd dan KNM Group Bhd turut didagangkan aktif hari ini.

Pada pukul 10 pagi, Sapura Energy meningkat 0.5 sen atau 3.45% kepada 15 sen; Velesto didagangkan tidak berubah pada 16.5 sen; Bumi Armada melonjak 1.5 sen atau 3.53% kepada 44 sen; Alam Maritim menokok 0.5 sen atau 5.88% kepada 9 sen dan KNM turut meningkat sebanyak 0.5 sen atau 2.56% kepada 20 sen.

Dalam pada itu, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd yang merupakan antara 10 kaunter paling untung hari ini, melonjak 11 sen atau 2.36% kepada RM4.78.

Ketika artikel ini ditulis, harga minyak Brent meningkat 0.27% pada AS$66.92 per tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat