Kerajaan Florida Beri Amaran Terhadap Scammer Yang Minta Pembayaran Kripto

108

Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Florida (FDACS) mengeluarkan amaran terhadap scammer auto pemasaran penipuan robocall* yang meminta pelanggan membayar perkhidmatan melalui kad hadiah dan mata wang kripto.

*Robocall merupakan panggilan telefon automatik menyampaikan mesej yang dirakam

Hal ini susulan daripada aduan pengguna yang menyatakan bahawa robocall menggunakan panggilan pra-rakam dalam memasarkan serta menjual perkhidmatan berasaskan penipuan, malah Biro Penguatkuasaan terus mengarahkan syarikat telefon supaya mengelak daripada membawa trafik robocall.

Justeru itu, surat berita FDACS mengemukakan lima ciri-ciri ‘bendera merah’ (red flags) bertujuan mengesan penipuan tanpa mengira kaedah yang digunakan oleh scammer dalam menghubungi mangsa.

Sumber: fdacs.gov

Ditekankan juga, kaedah pembayaran yang sering digunakan scammer adalah meminta mangsa membayar dengan kad hadiah atau mata wang kripto.

Oleh demikian, penduduk Florida diminta untuk berwaspada ketika membuat pembayaran kripto, manakala FDACS menegaskan bahawa tiada pegawai kerajaan akan meminta maklumat peribadi seperti nombor Keselamatan Sosial atau kad kreditnya.

Tambahnya lagi, hanya scammer sahaja yang menggunakan salah satu daripada jenis pembayaran tersebut dan sejurus selepas mangsa menghantar, mangsa mungkin tidak akan mendapatkannya kembali.

Walaupun FDACS menyebutkan sesungguhnya menjejaki dana mata wang kripto daripada penggodam adalah mustahil, namun banyak syarikat seperti Velodrome dan Curve Finance telah berjaya mendapatkan semula dana yang dicuri hasil daripada kebolehgunaan teknologi blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat