Kerajaan Jepun Bimbang Yen Semakin Tenggelam Jauh Ke Dasar

293

Kejatuhan mendadak mata wang yen pada sesi Asia telah mencetuskan amaran daripada kerajaan Jepun yang besedia untuk bertindak balas jika perlu.

Amaran itu, yang mengulangi kenyataan bersama antara kerajaan dan bank pusat yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, dibuat selepas mata wang yen jatuh ke paras terendah baharu 20 tahun berbanding US dolar pada 135.00.

Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno memberitahu dalam sidang akhbar pada Isnin bahawa kadar mata wang perlu bergerak secara stabil untuk mencerminkan fundamental.

“Namun, penurunan yen yang mendadak telah membuatkan kami bimbang,” kata Matsuno.

Ujarnya  lagi, mereka bersedia untuk bertindak balas sewajarnya mengikut keperluan, sambil berkomunikasi rapat dengan pihak berkuasa mata wang di setiap negara.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Jepun akan campur tangan untuk membendung kejatuhan yen yang mendadak.

Inflasi Amerika Syarikat sekali lagi mengejutkan pasaran dengan peningkatan 8.6% pada bulan Mei, melangkaui jangkaan untuk kenaikan hanya 8.3%.

Lonjakan ini telah mencetuskan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bertindak lebih ‘ganas’ dalam menaikkan kadar faedah dengan kenaikan melebihi 50 mata asas.

Jangkaan tersebut bukan sahaja merangsang lonjakan US dolar, tetapi turut memacu peningkatan hasil bon AS 10 tahun ke paras ketinggian terbaharu hampir 3 tahun pada 3.18%.

Bank Pusat Jepun (BOJ) akan mengadakan mesyuarat polisi pada hari Jumaat yang dijangka akan terus ketinggalan di belakang bank pusat utama lain dengan mengekalkan dasar monetari yang sangat longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat