Kerajaan Lubnan Nak Undur Diri!

1,073

Perdana menteri Lubnan bakal mengumumkan pengunduran diri dari pemerintahannya setelah berlakunya letupan dahsyat di Beirut hingga menimbulkan kemarahan masyarakat dan mendorong sejumlah menteri untuk menarik diri.

Letupan gudang pelabuhan pada 4 Ogos lalu adalah berpunca daripada 2,000 tan ammonium nitrat telah membunuh sekurang-kurangnya 163 orang, mencederakan lebih dari 6,000 orang dan memusnahkan kawasan ibukota Mediterranean yang membangun itu serta memburukkan lagi kemelut politik dan ekonomi negara berkenaan.

Kabinet, yang telah dibentuk pada bulan Januari dengan sokongan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya didakwa telah mengadakan pertemuan pada hari ini.  Menurut sebuah sumber, kebanyakan menteri bertindak untuk mengundur diri.

Menteri Kesihatan Hamad Hasan mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Hassan Diab akan segera mengumumkan pengunduran seluruh kabinet.

Menteri maklumat dan persekitaran dikhabarkan telah meletakkan jawatan pada hari Ahad serta beberapa penggubal undang-undang, dan menteri keadilan bakal mengambil tindakan yang sama pada hari Isnin.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Ghazi Wazni, perunding utama dengan IMF mengenai rancangan bantuan negara itu untuk mengatasi krisis kewangan telah pun menyiapkan surat pengunduran dirinya dan membawanya ke mesyuarat kabinet.

Sebelum ini, presiden negara itu mengatakan bahawa bahan letupan tersebut telah disimpan selama bertahun-tahun di pelabuhan dengan cara yang tidak selamat. Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa siasatan akan dijalankan bagi menentukan penyebab sebenar kejadian itu sama ada melibatkan gangguan luaran, kecuaian atau kemalangan.

Berikutan dengan insiden tersebut, protes antikerajaan telah dilakukan dalam 2 hari terakhir dan merupakan yang terbesar sejak Oktober. Penunjuk perasaan menuduh golongan elit politik menggunakan sumber negara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat