Pemain Pasaran Kecewa Selepas Dengar Ulasan Meadows Mengenai Kesepakatan Dana Rangsangan!

244

Kesepakatan rancangan bantuan persekutuan Covid-19 semakin tipis untuk dicapai berikutan pembangkangan daripada pihak Rumah Putih dan permintaan daripada parti Demokrat.

Sebelum ini pihak Demokrat telah mengumumkan usulan dana yang berjumlah $ 3.4 trillion walaubagaimanapun pihak Presiden Donald Trump telah menolak permintaan Demokrat dan menawarkan bantuan tidak lebih dari $1 trilion.

Pada pertengahan bulan Ogos, Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell menyatakan bahawa Senat tidak akan berlansung dan tidak akan mengadakan undi sehingga 8 September.Harapan pasaran untuk melihat kesepakatan tersebut berlaku pada awal bulan September semakin kendur selepas Mark Meadows mengeluarkan sebuah kenyataan.

Pada hari ini, Ketua Kakitangan Gedung Putih Mark Meadows telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau meramalkan berkemungkinan tidak akan ada kesepakatan rangsangan dengan Kongres sehingga akhir September.

Meadows berpendapat bahawa Spekaer Nancy Pelosi ingin menggabungkan dana rangsangan sebagai inisiatif penyelesaian bertertusan yang diperlukan bagi mengelak penutupan beberapa agensi persekutuan pada 1 Oktober. Usulan Nancy ini telah mendapat bantahan oleh segilintir pihak.

Atas dasar tersebut, perbincangan kesepakatan tersebut berkemungkinan akan lebih lewat daripada jadual yang dirancang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat