Ketua ECB Galakkan Penerbitan Bon Hijau! Apa Tu Bon Hijau?

220

Ketua Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde hari ini mengatakan bahawa perlu ada dorongan yang lebih besar untuk melabur dalam projek “hijau” atau mesra alam sekitar jika negara-negara serius dalam mencapai objektif perlindungan iklim mereka.

Tambahnya lagi, projek tersebut tidak memiliki dana yang mencukupi.

Seterusnya, bekas menteri kewangan Perancis itu turut mendedahkan bahawa Kesatuan Eropah perlu melabur sebanyak € 290 bilion setiap tahun untuk memenuhi komitmennya di bawah perjanjian iklim Paris 2015.

Namun, hanya € 100 bilion yang diberikan untuk inisiatif hijau tahun lalu.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa tiada pendedahan yang jelas mengenai pelaburan mesra alam sekitar yang diutarakan. Oleh itu, penggubal undang-undang dan pengawal selia kewangan perlu memainkan peranan mereka.

Sehubungan dengan itu, beberapa buah negara dialu-alukan untuk memperkenalkan bon ‘hijau’ seperti Perancis, Jerman, Belgiium, Belanda dan Lithuania. Di samping itu, Parlimen Eropah telah mengutarakan cadangan agar mengenal pasti projek-projek yang akan diberi label hijau.

Selain itu, Lagarde berpendapat bahawa polisi iklim yang diperkenalkan adalah penting dalam dasar monetari Bank Pusat Eropah, iaitu meningkatkan prospek bank bagi menggunakan skim rangsangan besar-besarannya yang menargetkan bon hijau.

Untuk pengetahuan semua, bon hijau yang dimaksudkan ialah peruntukan untuk membiayai projek pelaburan dengan faedah alam sekitar, berbanding bon yang berkaitan dengan industri intensif karbon atau sektor “brown” lain yang menyumbang kepada pemanasan global.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat