Ketua Majlis Penasihat Syariah Malaysia Galakkan Untuk Membuat Pelaburan Kripto

7,802

Ternyata sudah tiga bulan berlalu sejak kebenaran perdagangan aset digital di Malaysia diluluskan di bawah undang-undang Islam dan barisan agamawan di Malaysia akui pelaburan kripto melonjak luar biasa.

Ketua Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Dr Mohd Daud Bakar tidak menafikan industri kripto memiliki potensi besar di negara ini walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran penerapan dan pemahaman idea mengenai kelas aset.

Dianggarkan hanya 2% rakyat Malaysia yang memahami konsep matawang kripto.

Tidak pasti di manakah silapnya, namun Bakar memberitahu memandangkan kripto tidak dianggap sebagai tender yang sah di sisi undang-undang agama, maka aset tersebut boleh dianggap sebagai komoditi, dengan syarat tidak disokong oleh barangan ribawi.

Untuk lebih jelas, barangan ribawi bermaksud bahan yang wajib ditukar dengan ukuran yang sama seperti emas dan perak.

Mungkin masyarakat Islam di Malaysia masih ragu-ragu dengan status kripto dari sudut pandangan agama, tetapi pada 2018 firma Indonesia FinTech telah mengisytiharkan pelaburan Bitcoin sah di bawah undang-undang syariah.

Hal ini telah dijelaskan oleh pegawai eksekutifnya, Matthew Martin bahawa pelaburan kripto lebih telus berbanding matawang fiat kerana cirinya yang bersandarkan pada proof-of-work dan bukannya hutang.

Justeru, pada Julai lalu pihak berkuasa telah memutuskan pelaburan aset digital dibenarkan di Malaysia berdasarkan undang-undang syariah.

Bakar juga menggalakkan untuk mengambil peluang dalam kripto sebagai komoditi atau pelaburan di dalam sebuah syarikat.

Sehingga kini Malaysia memiliki tiga platform pertukaran matawang kripto iaitu Luno Malaysia, Tokenize Malaysia dan Sinegy Technologies.

Walau bagaimanapun, Binance buat masa sekarang hanya menyokong Ringgit Malaysia ekoran tidak mempunyai kebenaran untuk beroperasi di negara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat