Kilang-Kilang Di Shanghai Bersiap Untuk Mula Beroperasi, Tesla Antaranya

397

‘Harapnya ini boleh selesaikan isu bekalan hendaknya.’

Situasi Covid-19 di Shangai yang teruk telah mengakibatkan kerajaan China melaksanakan perintah berkurung (lockdown) terbesar selama hampir 3 minggu berturut-turut sehingga menjejaskan sektor pengeluaran.

Kesemua kilang-kilang pengeluaran dunia yang bertapak di bandar tersebut diarahkan tutup dan menggantung operasi, namun keadaan mungkin akan berubah tidak lama lagi selepas kerajaan China kini dalam usaha untuk mempercepatkan penamatan lockdown Covid-19.

Menurut sumber, kilang-kilang besar termasuk Tesla di Shanghai bakal memulakan semula operasi menjelang Selasa kerana ia menghadapi masalah logistik yang perlu diselesaikan.

Selain itu, SAIC Motor yang merupakan rakan kongsi Volkswagen dari China dan General Motors dikatakan bakal menyambung operasi kilangnya pada Isnin.

Setakat ini, pengawal selia industri China telah menerbitkan ‘senarai putih’ bagi 666 firma dalam sektor semikonduktor, auto dan bekalan perubatan Shanghai pada Jumaat untuk diberikan keutamaan memulakan operasi.

Menurut panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan China, syarikat yang memohon penyambungan semula kerja mesti menyimpan bekalan perubatan, selain mewujudkan jadual bagi pekerja yang mesti tinggal di tempat kerja atau terhad kepada perjalanan antara kerja dan rumah.

Dalam pada itu, kerajaan China dilihat sedang melipatgandakan usaha dalam merealisasikan matlamat sifar Covid (zero-COVID) dalam komuniti mereka secepat mungkin.

Menurut seorang pegawai dari Shanghai Municipal Health Commission, Wu Qianyu, bandar tersebut akan memulakan pusingan ujian PCR dan kit antigen buat penduduk Shanghai bagi ‘mengunci’ dan ‘mengawal’ penyebaran dari Isnin sehingga Khamis.

Difahamkan bahawa Shanghai menyasarkan untuk menghentikan penyebaran Covid-19 di luar kawasan yang dikuarantin pada Rabu, bagi membolehkan lebih banyak pelonggaran dilaksanakan.

Bandar itu juga telah meningkatkan ujian dan pemindahan kes positif serta hubungan rapat (close contacts) ke pusat pengasingan dalam memenuhi matlamat itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat