Kilauan Emas Pudar Pada Sesi Asia, Apa Sebabnya?

1,901

Harga emas merosot pada sesi Asia, ketika dolar greenback terus mempamerkan pengukuhan dan kenaikan hasil bon AS yang lebih tinggi membantutkan pergerakan logam berharga itu.

Emas pada mulanya meningkat ketika sesi New York, tetapi kembali susut apabila pasaran menuju ke pembukaan sesi Asia yang memperlihatkan ia didagangkan di sekitar harga $1,752 per auns.

Indeks dolar didagangkan lebih tinggi dengan meningkat pada 94.10 berbanding sekumpulan matawang utama, manakala hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula kukuh pada 1.56%.

Dagangan greenback yang hampir ke paras tertinggi satu tahun itu, mengurangkan daya tarikan emas buat pemegang matawang utama lain.

Pasaran sebelum ini telah diperlihatkan dengan data PMI perkhidmatan AS menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada dijangkakan walaupun terdapat masalah berterusan dengan sumber tenaga kerja, logistik dan bahan yang menjejaskan kelangsungan bekalan.

Sementara itu, Presiden Federal Reserve Chicago, Charles Evans mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa bank pusat AS semakin hampir untuk memulakan pengurangan pembelian bon bulanannya.

Walaupun begitu, kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kenaikan harga tenaga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi, sedikit sebanyak menyokong logam kuning itu daripada susut lebih jauh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat