Komen Terbaru EU Ini Mungkin Boleh Beri Petunjuk Buat Trader GBP

435

Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier memberitahu bahawa perjanjian perdagangan dengan UK masih boleh dilakukan dan rundingan diteruskan untuk menyelesaikan isu-isu yang menjadi penghalang kepada kesepakatan.

Michel Barnier yang memberi taklimat kepada duta-duta besar EU mengenai perkembangan rundingan EU-UK sebagai rutin mingguan, memberitahu bahawa dua syarat masih belum dapat diselesaikan.

Kedua-dua pihak dikatakan masih berjauhan dalam isu bantuan negara dan telah beralih lagi dalam isu perikananan. Sementara itu, terdapat kemajuan yang terhad dalam rundingan perdagangan mengenai mekanisme penguatkuasaan.

Hal ini menyebabkan beliau melihat harapan untuk mencapai kesepakatan adalah kecil.

Namun begitu, para perunding akan memberikan setiap peluang yang ada untuk mencapai persetujuan bersama.

Walaupun dengan kenyataan Barnier yang kurang meyakinkan, namun optimisme bahawa rundingan diteruskan minggu ini telah mendorong matawang pound sterling untuk meningkat lebih tinggi pada awal sesi Eropah menuju ke paras harga 1.34000 berbanding USD.

Bagaimanapun, para pelabur masih belum jelas sama ada senario tanpa perjanjian boleh dielakkan, memandangkan kedua-dua pihak masih tersekat pada isu utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat