Kraken Disaman, Ini Senarai Kripto Dilabel Sekuriti Oleh SEC!

697

“SEC memang tak pernah penat memburu mangsanya.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) memang terkenal dalam menggunakan setiap peluangnya bagi melemahkan bukan sahaja pasaran mata wang kripto malah firma yang menawarkan aset digital.

Baru-baru ini, SEC telah memfailkan saman terhadap bursa kripto Kraken atas kesalahan beroperasi sebagai bursa sekuriti, broker, peniaga dan agensi secara tidak berdaftar.

Bukan itu sahaja, pengawal selia AS tersebut turut mendakwa bahawa Kraken telah menawarkan perkhidmatan perdagangan melalui aset digital tertentu tanpa mendaftarkannya terlebih dahulu dengan SEC.

Antara aset digital tersebut adalah Cardano (ADA), Solana (SOL), The Sandbox (SAND), Near Protocol (NEAR), Polygon (MATIC), Avalanche (AVAX), Algorand (ALGO), Cosmos (ATOM), Chiliz (CHZ), COTI (COTI) dan The Sandbox (SAND).

Termasuk juga Decentraland (MANA), Dash (DASH), Filecoin (FIL), Flow (FLOW), Internet Computer (ICP) dan OMG Network (OMG).

Namun perlu diketahui bahawa kripto yang tidak tersenarai dalam senarai panjang itu adalah Ripple (XRP) dan ini merupakan petunjuk penting dan positif untuk aset digital tersebut lebih berkembang pada masa hadapan.

Terdahulu, SEC telah menuduh XRP menaikkan lebih $1.3 bilion secara haram dalam tawaran sekuriti tidak berdaftar melalui penjualan XRP.

Namun, Hakim Analisa Torres yang memutuskan XRP bukanlah sekuriti pada Julai 2023 telah menolak hasrat SEC untuk merayu keputusan tersebut, oleh itu perlu diketahui perbicaraan besar yang dijadualkan pada April 2024 mampu menamatkan pertempuran undang-undangnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat