Kripto Shiba Inu Ini Semakin Mendapat Liputan Meluas – Kini Dintegrasikan Dalam ATM!

1,086

Matawang kripto Shiba Inu, DOGE kini telah disokong di 1800 ATM di seluruh Amerika Syarikat. Pembekal ATM Bitcoin terkemuka CoinFlip mengumumkan integrasi sokongan kripto ini pada 1 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Daniel Polotsky mengatakan langkah tersebut didorong oleh populariti kripto DOGE yang semakin diterima ramai dan penerimaannya secara besar-besaran. Pada 4 Februari lalu, harga DOGE telah melonjak naik 25% dalam masa beberapa minit susulan pengasas SpaceX, Elon Musk memuat naik satu tweet yang membawa indikasi DOGE akan ke bulan.

Tweet tersebut tidak berhenti di situ, susulan dua hari selepas itu, Elon Musk sekali lagi menulis bahawa DOGE adalah kripto masa hadapan dunia dan 71.3% pengikut Musk bersetuju akan hal tersebut.

Dalam dua minggu pertama bulan Februari, harga kripto DOGE telah meningkat 200% dari $ 0.03 menjadi $ 0.09 dan kemudian ditukarkan pada paras $ 0.05. Disisi lain, DOGE bukan lagi sekadar token meme kerana telah ada syarikat yang menggunakan sebagai alat transaksi dan ia juga mendapat pembaharuan bermula Mac iaitu kelajuan penyegerakan (synchronization speed) dan pengurangan dalam tarikh tamat mempool.

DOGE kini didagangkan pada harga $0.05126.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat