Krisis Lebanon- Bitcoin Jadi Penawar Kepada Masalah Krisis Kewangan ?

670

Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy Michael Saylor telah menawarkan solusi dengan menyatakan bitcoin (BTC) sebagai penyelesaian untuk krisis kewangan yang sedang berlaku di Lubnan.

Dalam salah satu tweet beliau yang terkini, Saylor menyatakan bahawa sekiranya terdapat kebimbangan bahawa kerajaan akan mengurangkan 90% simpanan rakyat maka Bitcoin boleh dijadikan sebagai solusi.

Kenyataan beliau dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap laporan bahawa matawang rasmi Lebanon, LBP susut keparas terendah pada 13 Jun. Reuters melaporkan bahawa LBP diperdagangkan pada 1,515 per US dolar. Kira-kira penurunan 90% daripada nilai yang dicatat pada tahun 2019.

Kemerosotan kewangan negara berlaku seiring dengan kebuntuan politik yang semakin parah. Pertelingkahan antara calon Perdana Menteri Saad al-Hariri dengan Presiden Lubnan Michel Aoun telah menghambat pembentukan kabinet.

Sementara itu, bekalan di negara ini mulai hampir habis. Termasuk bekalan perubatan, ditambah rizab asing yang memberi subsidi asas seperti gandum dan bahan bakar.

Walau bagaimanapun, Michael Saylor bukanlah yang pertama mencadangkan kripto sebagai penyelesaian yang berpotensi untuk mengatasi masalah tersebut. Beberapa penganalisis juga mencadangkan kripto sebagai sistem alternatif untuk bank buat masa ini.

Laporan berbeza menunjukkan bahawa rakyat Lubna sudah mula beralih kepada kripto sebagai pelaburan alternatif.

Sebagai pendukung kuat BTC, Michael Saylor dan syarikatnya MicroStrategy telah meningkatkan pegangan mereka terhadap matawang kripto. Kini pihak MicroStrategy sendiri memiliki 92,079 BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat