Lagi 2 Negara Akan Jadikan Bitcoin Sebagai Tender Sah! – Presiden El Salvador

787

Seluruh dunia gempar apabila Presiden El Salvador, Nayib Bukele menjadi pemerintah pertama yang mengesahkan Bitcoin (BTC) sebagai tender sah di negara itu pada tahun lalu.

Dalam ramalan terbaru yang dimuatnaik di laman Twitter, Bukele yakin Bitcoin akan mendapat perhatian yang luar biasa sepanjang 2022:

  1. Sekurang-kurangnya dua negara akan mengikut jejak El Salvador menerapkan BTC di dalam ekonomi.
  2. Harga Bitcoin akan mencecah ke paras $100,000.
  3. Penubuhan Bitcoin City akan bermula pada tahun ini.
  4. Bitcoin akan menjadi isu utama dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) ketika negara itu sedang membuat pendekatan terbaik untuk menerima kehadiran industri mata wang kripto.
  5. Akan ada kejutan di dalam program tahunan, Bitcoin Conference.
    1. Ini mengingatkan kepada pengumuman penerimaan Bitcoin di dalam ekonomi El Salvador menerusi Bitcoin Conference.
  6. Bon volkano akan memiliki langganan yang tertinggi.
    1. Boleh rujuk artikel iniuntuk fahamkan kaitan bon volkano (bon yang bersandarkan kepada Bitcoin) dengan Bitcoin City.

El Salvador merupakan satu-satunya negara yang tidak gentar menerapkan penggunaan Bitcoin di dalam ekonominya.

Keputusan dan cadangan yang diketengahkan Bukele menerima kritikan teruk daripada Bank of England (BOE), International Monetary Fund (IMF), dan World Bank.

Bagaimanapun, masih ada entiti yang menyokong keputusan El Salvador.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat