Langkah Drastik Joe Biden Sebabkan Pasaran Semakin Resah!

1,203

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan akan menandatangani larangan perjalanan pada hari Isnin kepada bukan warga Amerika Syarikat (A.S) yang telah melawati Amerika Selatan daripada memasuki negara A.S seabgai langkah pencegahan penyebaran pandemik Covid-19.

Pengenaan semula larangan perjalanan Covid-19 ini adalah disebabkan penularan varian baharu pandemik Covid-19 yang lebih mudah dijangkiti. Sebelum ini ia telah dikesan di negara eropah seperti Brazil dan UK, namun sejak akhir-akhir ini ia mula dikesan di negara A.S.

Justeru itu, Biden turut mengenakan larangan masuk kepada pelancong bukan warga A.S yang dari UK Brazil, Ireland dan beberapa negara Eropah.

Menurut Dr, Anne Schuchat yang merupakan timbalan pegarah, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit ( Centers for Disease Control and Prevention) menyatakan bahawa langkah tersebut dikenakan sebagai langkah untuk melindungi rakyat Amerika dan juga untuk mengurangkan risiko penyebaaran varian baru.

Langkah yang di ambil ini bertentangan dengan arahan Trump pada 18 Januari lalu dimana Bekas Presiden Donald Trump mengarahkan agar sekatan ke atas Brazil dan Eropah dimansuhkan.

Varian baru yang dikenali varian 501Y.V2 dipercayai mempunyai kadar jangkitan 50 peratus lebih cepat dan kini ia telah mulai dikesan hampir 20 buah negara di dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat