Langkah Pembelian Balik Saham Terakhir, Pacu Saham Ini Ditutup Di Paras ATH

173

Harga saham bagi pemegang saham utama KLK Batu Kawan meningkat 40 sen atau 1.94% ketika penutupan pasaran Bursa pada semalam untuk mencapai paras tertinggi RM21.00 setelah pembelian balik saham terakhir.

Namun pada hari ini, kaunter itu tidak diniagakan untuk kekal pada paras RM21.00 dan mengikut rekod ia mempunyai permodalan pasaran bernilai RM8.39 bilion.

Menurut laporan yang diperincikan, Batu Kawan memperoleh 41,100 saham dengan harga RM848,000 dan seterusnya menjadikan pengumpulan jumlah sahamnya kepada 4.56 juta.

Batu Kawan merupakan di antara beberapa syarikat di sektor perladangan yang secara aktif melaksanakan pembelian balik sahamnya untuk menyokong pergerakan harga untuk kekal efektif.

Pelaksanaan itu juga termasuk IOI Corp Bhd dan anak syarikat Batu Kawan yang dimiliki oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK).

Selain itu, KLK telah mengeluarkan perbelanjaan bernilai RM980,531 bagi pembelian balik saham baharunya pada 17 Ogos untuk menjadikan jumlah saham terkumpul kepada 3.13 juta.

Manakala pembelian balik saham baharu IOI Corp sebanyak 343,100 pada 13 Ogos dengan harga RM1.27 juta dan mencatat keseluruhan saham perbendaharaannya kepada 52.32 juta.

Dalam pada itu, keuntungan bersih Batu Kawan pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021 pamer peningkatan sekitar 81.73% kepada RM386.46 juta berbanding RM212.65 juta pada tahun lalu.

Pendapatan sesaham turut melonjak 97.51 sen daripada 53.74 sen yang mana pada keseluruhannya ia disumbangkan oleh segmen perniagaannya.

Berikutan prestasi yang lebih cemerlang dari operasi Malaysia, China dan Eropah, ia juga telah menyokong bahagian elokimia untuk catat keuntungan dua kali ganda kepada RM207.82 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat